~ Hidup Mendamba Redha Ilahi ~

Photobucket

Khamis, 2009 November 05

biarlah ia bercerita


Khamis, 2009 Oktober 29

adakah....????

dialog suatu pagi di klinik ibu & anak
.
.
.
nurse   : puan bekerja?
pesakit : suri rumah
nurse   : ...(buka front page rekod kesihatan ibu mengandung)... ijazah?? mmm....

pesakit : ... (senyum) ... aah... kejuruteraan elektronik
nurse   : ... (tengok macam tak berapa nak caye) ... nape tak keje?
pesakit : ... (senyum) ... rasa macam tak sesuai masuk industri... insyaAllah sementara ni jadi surirumah sepenuh masa...
nurse   : o0o0... tak pe la, nanti boleh mohon masuk maktab ek... jadi cikgu... rugi tak keje
pesakit : tengok la.. dah 'de isi' ni susah pulak nak sambung...
nurse   : ... (senyum) ... tak pe la, rehat dulu ek.. tapi kalau dah rehat ni lama2 jadi malas pulak nak keje...
.
.
.
tamat dialog pertama
kesimpulan : bertapa susahnya nak melayakkan diri untuk menjadi suri rumah tangga... ada degree pon masih tak layak nak pegang tittle suri rumah tangga sepenuh masa...*wink... wink...*

teringat kata seorang sahabat, kerjaya isteri sepenuh masa ni kerjaya paling mulia, tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.. saya rasa rindu nak berbual2 dengan sahabat yang sorang ni...

Jumaat, 2009 Oktober 23

hati saya sangat terusik menonton video ni...

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

.
.
.
.
.
.
.
.




syukur ku pada Mu ya Allah atas kasih sayang dan rahmatMu






.
.
.
.
.

Rabu, 2009 Oktober 21

wanita dilarang bekerja, melainkan...

oleh ustaz Zahazan Mohamed  -sumber-


Apakah hukum bekerja bagi seseorang perempuan?Sekiranya ia dibenarkan, tolong jelaskan adab lain yang perlu diamalkan bukan saja oleh wanita, tetapi seorang lelaki Muslim kepada wanita yang bukan muhrimnya.
Hamba Allah
Putrajaya



Hukum bekerja bagi seseorang perempuan adalah harus.Berkaitan dengan perkara ini,Sayyid Qutb membuat satu ulasan yang menarik berkaitan dengan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan dua orang anak perempuan hamba yang salih di Madyan.Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib a.s.

Firman Allah dalam ayat ke 23 surah al-Qasas : Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ". Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".

Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Pada waktu itu, dia terpaksa keluar untuk memenuhi tuntutan mencari rezki. Ini dapat kita lihat pada frasa ayah kami sudah terlalu tua.
Perkara yang kedua ialah jangan ada percampuran bebas yang berlaku antara lelaki dan perempuan. Perkara ini dapat kita lihat menerusi gambaran ayat  “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing”
Syarat yang ketiga pula ialah kewajipannya memelihara diri; kehormatan .Ini disebut jelas dalam ayat “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu..” Seseorang wanita yang bekerja wajib menjaga maruah diri agar jangan menjadi wanita murahan mudah bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain yang merupakan rakan sepejabat.Malah dia dengan mudah menawarkan diri keluar bersama berdua-duaan untuk makan tengahari dan sebagainya.

Ringkasnya, seseorang wanita yang beriman hendaklah memelihara dirinya dari menjadi alat hiburan yang mengasyikkan lelaki-lelaki liar.Allah s.w.t mengajar kaum muslimah agar menjaga diri seperti firmanNya dalam ayat 31 ke surah an-Nur : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Merujuk soalan yang kedua pula, lazimnya masyarakat melayu menggunakan perkataan muhrim yang merujuk kepada golongan yang haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat adalah mahram. Muhrim adalah bermaksud dalam bahasa Arab sebagai orang yang berihram.Ajnabi ula adalah seseorang lelaki yang asing, yang bukan mahram contohnya jiran, rakan sepejabat dan lain-lain. Ajnabiyyah pula adalah seseorang perempuan yang bukan maram bagi seseorang lelaki contohnya pembantu rumah wanita, pekerja di pejabat dan lain-lain.
Intipati larangan Islam kepada kedua golongan lelaki dan perempuan adalah jangan berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh mengundang curiga kepada pihak lain.Dalam banyak hadis yang sahih contohnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar Nabi menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan jadi yang ketiga.

Selain itu seseorang lelaki juga diharamkan bermusafir bersama seseorang wanita bkan mahram melainkan jika ada lelaki yang merupakan mahram wanita itu.Seorang lelaki juga diharamkan menceritakan urusan peribadinya atau masalah peribadinya kepada seseorang wanita ajnabiyyah.

Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat atau kebaikan yang terdapat dalam pemeliharaan hubungan ini adalah demi kepentingan nasab dan keturunan.
Apabila kita melihat masyarakat barat sebagai contohnya yang amat fleksibel dalam hubungan tersebut hingga menatijahkan lebih 80% kelahiran adalah dari pasangan yang tidak dapat dikenal pasti.

Amat benar kata-kata ulama Islam, contohnya Ibnul Qayyim apabila beliau berkata, pensyariatan undang-undang dalam Islam ini semuanya merupakan keadilan dan kebaikan secara mutlak.Justeru menegakkannya menyebabkan kehidupan menjadi teratur dan selamat dari persengketaan.Wallahu a'lam

Selasa, 2009 Oktober 20

bila sunyi melanda.. uhuuuuuuuuuuuu

bila dengar lagu ni....

saya rasa sangat sayu....

saya sangat rindukan mak dan keluarga saya....

ya Allah, berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kedua2 orang tua ku, juga kedua2 mertua ku...

oh.... sangat sayu.....









sekadar perkongsian...

berjalan2 ke blog org, saya terjumpa artikel ni...

moga kita sama2 beroleh manfaat dari nya...

.
.
.
.
.

semoga Hati-hati kita sentiasa cenderung untuk memperbaiki diri dan memolekkan amalan seterusnya meningkatkan rasa taqwa yang mendalam disudut hati nurani. Lebih-lebih lagi untuk diri sebagai si isteri.

Kak Radieah macam mana sekarang bergelar isteri?”

“Isss dia ni. Tak ada soalan lain dah ke?”

“Alah akak ni kongsilah dengan saya. Saya pun nak tahu juga”.

“Tak ada yang luar biasa. Semuanya biasa-biasa”.

“Kak Radieah kalau saya tanya tentang hal peribadi, susah sungguh nak bercerita”. Mukanya mula masam mencuka.

“Okeylah saya tukar soalan. Apa pandangan Kak Radieah tentang suami soleh dan isteri solehah… Macam mana nak jadi macam tu?”. Tak berputus asa nampaknya junior saya yang sorang ni.

“Mudah je. Just ikut je apa yang Rasulullah pesan dan apa yang Allah cakap”. Balasku bersahaja.

“Yang tu saya tahu”. Balasnya.

“Abis nak yang macam mana. Apa lagi yang tak cukup?”. Soalku sengaja.

“Saya tahu, Kak Radieah ada pendapat dan pandangan sendiri. Macam Ust Hasrizal, ada pandangan sendiri”.

“Kalau dah baca blog dengan buku Ust Hasrizal, apa lagi yang perlu Kak Radieah cakap. Semuanya telah dijelaskan”.

“Alah kak…” keluhnya. Melihatnya yang begitu bersungguh-sungguh, akhirnya saya bersuara.

“Suami ni tempat pergantungan sepenuhnya seorang Isteri. Lebih berat lagi, keimanan seorang isteri turut terletak pada suaminya. Macam Ust Hasrizal kata perkahwinan adalah tempat untuk memberi sebanyak-banyaknya. So seorang isteri harus beri sebanyak-banyaknya kepada suaminya. Tetapi seorang suami yang baik tidak menyusahkan isterinya dengan pelbagai perkara semata-mata dengan alasan supaya si isteri boleh kutip sebanyak-banyak pahala darinya”.

“Saya tak faham”. Berkerut dahinya cuba memahami perkara yang saya katakan tadi.

“Suami yang baik akan memudahkan perjalanan isterinya untuk ke syurga. Bukan memaksa, meminta dan pelbagai perkara lain supaya dilakukan oleh isterinya sedangkan sebelum bergelar suami, perkara tersebut merupakan rutin hariannya. Maklum sajalah, apa sahaja yang suami minta, si isteri wajib tunaikan… seolah-olah macam nak mengambil kesempatan atas hukum yang Allah tetapkan ke atas para isteri.

Bukan maksud Kak Radieah tak boleh minta bantuan langsung. Tetapi bantulah si isteri tu sama. Sekarang isteri tidak lagi suri sepenuh masa. Dialah yang keluar bekerja… Dialah yang keluar berdakwah… Dialah yang melakukan tugas jemaah… Dialah yang menguruskan anak… Dialah yang menguruskan rumah tangga. Dia isteri, pendakwah, ibu, anak, majikan, pekerja, macam-macam lagilah.

Tugas yang dulunya dipikul oleh kaum lelaki kini dipikul oleh seorang isteri. Agak-agak awak, tak penat ke isteri dalam keadaan di luar dia bekerjaya, di rumah menguruskan rumah tangga?”

“Penat. Kadang-kadang saya rasa, tempat isteri tu yang terbaik di rumah bukan di luar rumah”. Balasnya perlahan.

“Ya betul. Sebaiknya tempat yang baik untuk wanita solehah adalah di rumah. Tetapi tuntutan di masa ini membuatkan kita tidak boleh lagi berada di rumah sahaja. Di luar sana sangat ramai yang memerlukan kita sama ada di dalam kerjaya, dakwah dan sebagainya. Bagi Kak Radieah, isteri yang berada di luar rumah sekarang tidak lagi sekadar membantu suami mencari nafkah tetapi berperanan menutup lompang-lompang yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

Misalnya keperluan kepada doktor perempuan untuk merawat pesakit perempuan dan melakukan dakwah yang akhir zaman ini, golongan perempuan lebih ramai dari lelaki”.

“Kalau dapat suami yang baik, ahlamdulillah. Tapi kalau dapat yang jahat?... emmm...” Ada nada keluhan di hujungnya.

“Kalau yang jahat, maknanya Allah nak bagi perempuan tu tempat yang tinggi di sisiNya dengan kesabaran yang dilalui olehnya sepanjang berada di alam rumah tangga. Macam Aisyah, isteri Firaun. Kawan Kak Radieah pernah cerita macam mana sengsaranya mak dia sewaktu hidup dengan ayahnya. Tapi dia cakap mak dia sangat tabah. Dia rasa tak ada orang setabah mak dia. Ayah dia dah ceraikan pun mak dia sekarang”.Junior ku tadi hanya memandangku tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya.

“Perempuan ni, Allah ciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Peranan seorang suami adalah meluruskannya*. Jadi nak luruskannya bukan mudah. Tak boleh terlalu kasar atau cepat-cepat.. takut nanti patah. Masalahnya biasanya kita terlalu nak cepat… tak sabar. Sehingga terlupa kalau dah tulang dah tentu tak akan lurus. Tulang hanya akan lurus dengan izin Allah.. Ikhtiar manusia? tak sampai 5% pun menyumbang kepada lurusnya tulang tadi. Kak Radieah tak ingat baca tentang ni kat mana”.

“Eh, Kak Radieah kena cepat ni. Ada hal. Nanti kalau dah jadi isteri banyakkan bersabar dengan karenah suami dan tak lupa...karenah anak-anak. Tu je…mudah je…dan jangan lupa memberi sebanyak-banyaknya. Jangan persoalkan hak yang harus kita dapat dari suami tetapi persoalkan apa yang telah dan harus kita beri kepada suami dan anak-anak awak nanti.

Kak Radieah dah lewat ni... pergi dulu. Assalamu'alaikum”.

"Wa'alaikumsalam". Balasnya perlahan.


*Rasulullah s.a.w bersabda "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Keterangan lanjut berkenaan tulang rusuk yang bengkok sila rujuk Danial Zainal Abidin (2007). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Selangor: PTS Publications.


Posted by Radieah Mohd Nor

Jumaat, 2009 Oktober 16

balik kampung.... j0m...!!!




semoga saya tabah menghadapi perjalanan pulang ke kampung...

kepala saya... tekak saya... perut saya... badan saya... memang xsedap seminggu ni...

semoga pulang ke kampung menjadi penawar untuk semuanya...




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.